fbpx
Tangkap layar keadaan kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal dan sebuah lori di Lebuh Raya Elite, pagi tadi. Ihsan MEDIA SOSIAL

Kemalangan maut Elite: ‘Macam mana boleh ada lori waktu puncak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Plaza Tol Ebor Utara, pagi tadi.

Menurut seorang kenalan dikenali Ain Nabila Azman, kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Afiq Safwan Sabri, dalam perjalanan ke tempat kerja.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang jururawat di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara.

“Kami terkejut dengar berita ini, suami kawan saya meninggal dunia kemalangan di Lebuh Raya Elite. Aku tahu memang dah ajal dia, tetapi kenapa lori boleh ada kat lebuh raya itu pada waktu pagi,” katanya dalam hantaran di Threads.

Menurut wanita itu, mangsa yang disifatkan sebagai seorang yang baik hati mempunyai tiga orang anak yang masih kecil.

Dalam pada itu, rata-rata bersimpati dengan keluarga mangsa susulan insiden tersebut selain meminta pihak berkuasa untuk memantau kenderaan berat di lebuh raya terutama pada waktu puncak.

“Mohon penguat kuasa buat kerja boleh. Bukan memang lori dilarang masuk waktu puncak,” soal Dilla.

“Elite memang teruk. Berapa kali dan berapa ramai orang dah buat aduan mengenai lori laju, berlumba dan memotong. Sampai sekarang tiada tindakan,” kata Mustafa.

Sebelum ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia memperluas larangan pergerakan kenderaan berat pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sejak 19 Feb tahun lalu bagi melancarkan pergerakan trafik.

Tindakan itu berkuat kuasa pada Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am) bermula pada pukul 6.30 hingga 9.30 pagi dan pukul 4.30 petang hingga 7.30 malam.

Antara jajaran terlibat adalah Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Baru Lembah Klang, Elite dan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN