fbpx
PERKAHWINAN Mouni Roy dan suaminya Suraj Nambiar kini dikatakan sedang bergolak.

Ratu ular Bollywood di ambang cerai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNIA hiburan Bollywood dipanaskan dengan kisah pergolakan rumah tangga pelakon yang terkenal dengan watak Naagin, Mouni Roy dan suaminya Suraj Nambiar apabila dikatakan saling ‘unfollow’ akaun Instagram masing-masing.

Biarpun belum mendapat kepastian punca dia bertindak sedemikan, ramai netizen mula membuat spekulasi rumah tangganya bergolak dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Lebih menguatkan spekulasi apabila teman baik Mouni iaitu aktres Disha Patani dikatakan turut menyah ikut akaun Instagram Suraj.

Biarpun sudah saling ‘unfollow’, foto mereka berdua masih kekal dalam Instagram masing-masing.

Mouni dan Suraj yang merupakan ahli perniagaan berkahwin pada 2022. Rumah tangga mereka bagaimanapun masih belum diserikan dengan kehadiran cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN