fbpx
Anwar beramah mesra dengan golongan belia pada Majlis Perasmian Hari Belia Negara (HBN) Tahun 2026 di Bandar Sri Sendayan, Seremban, hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL/KOSMO!

Anwar umum peruntukan RM5 juta kepada Majlis Belia Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kerajaan meluluskan tambahan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai usaha memperkukuh peranan organisasi itu dalam memperjuangkan agenda pembangunan golongan belia di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MBM mempunyai peranan besar dalam menggerakkan suara dan aspirasi anak muda selaras dengan fungsi persatuan belia di bawah (KBS).

Menurut beliau, sokongan tambahan itu penting bagi memastikan pelbagai program pembangunan belia dapat terus diperkasakan.

“Justeru, saya bersetuju supaya peruntukan kepada MBM ditambah kepada RM5 juta,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 di Bandar Sri Sendayan, Seremban di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Anwar turut mengingatkan golongan muda supaya terus mempertahankan prinsip idealisme dan nilai akhlak dalam kehidupan serta perjuangan mereka.

Beliau berkata, anak muda perlu mempunyai keberanian untuk berfikir secara kritis dan menegur kepimpinan, termasuk Perdana Menteri, namun setiap pandangan perlu disampaikan secara berprinsip dan berhemah.

“Anak muda boleh menegur kerajaan dan Perdana Menteri, tetapi mestilah berasaskan prinsip, keyakinan serta nilai akhlak yang baik,” katanya.

Dalam majlis sama, Anwar turut mengumumkan Peruntukan Pembangunan Syiar Islam yang akan memberi manfaat kepada 7,091 guru-guru KAFA, imam masjid kariah, guru takmir serta petugas masjid dengan keseluruhan implikasi kewangan berjumlah RM42.3 juta.

Selain itu, sokongan turut merangkumi institusi pendidikan Islam seperti pondok, maahad tahfiz, sekolah agama serta premis KAFA yang beroperasi di luar seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dengan peruntukan sebanyak RM5.4 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan pengukuhan institusi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN