fbpx
WAN ROSDY pada Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Pahang tambah Hutan Simpan Kekal, perkukuh agenda kelestarian hutan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Kerajaan Pahang terus memperkukuh agenda pemuliharaan alam sekitar apabila mengenal pasti lebih banyak kawasan berhutan di atas tanah kerajaan untuk dicadangkan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) baharu dari semasa ke semasa.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kelestarian khazanah hutan terus terpelihara walaupun pembangunan ekonomi giat dilaksanakan.

Tambahnya, sehingga kini keluasan HSK di negeri Pahang sehingga kini adalah kira -kira 1.589 juta hektar iaitu 44.13 peratus daripada keseluruhan keluasan negeri Pahang yang berjumlah 3.60 juta hektar.

“Kerajaan negeri sentiasa menilai kawasan berhutan lain yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam kategori HSK baharu.

“Selain itu mana-mana kawasan HSK yang dinyahwartakan bagi tujuan pembangunan ekonomi dan kepentingan awam akan diganti dengan kawasan tanah kerajaan berhutan lain yang mempunyai nilai setara”,katanya berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin pada Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Menurut Wan Rosdy, sebagai contohnya baru-baru ini Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Kali Ke-14 telah bersetuju untuk meluluskan permohonan pewartaan hutan tanah kerajaan dalam bahagian ekologi Central Forest Spine iaitu Hutan Simpan Bera dan Rizab Ramsar Bera sebagai Hutan Simpanan Kekal di Mukim Bera, Daerah Bera seluas 524 hektar.

Dalam pada itu menjawab soalan tambahan berkaitan keluasan hutan yang diluluskan untuk pembalakan pada tahun 2025, Wan Rosdy berkata, jumlah kelulusan tidak melebihi 11,500 hektar setahun seperti dibenarkan Majlis Tanah Negara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN