fbpx
FATIN AFEEFA

Fatin Afeefa lali kritikan, tetap mahu saman sepupu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon sensasi, Fatin Afeefa tidak berganjak dengan keputusannya untuk meneruskan kes saman terhadap sepupunya yang juga pemilik akaun twitter @SharizRosee atas tuduhan makan harta anak yatim.

Pelakon yang terkenal dengan siri Tentang Bulan itu bagaima­napun menyerahkan kes ber­kenaan kepada wakil peguam Siti Rohayu Ahmad untuk tindakan selanjutnya.

“Saya tetap dengan pendirian memfailkan saman kerana isu tersebut sangat menjejaskan reputasi saya sebagai seorang selebriti beragama Islam.

“Saya beri sepenuhnya kepercayaan dan tanggungjawab kepada peguam yang sudah saya lantik untuk mengendalikan kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Pada 30 Jun lalu, pemilik akaun twitter @SharizRosee telah menuduh Fatin Afeefa dan keluarganya hidup mewah hasil daripada harta peninggalan arwah ibunya.

Dalam satu ciapan Twitter, Shariz didakwa menuduh bekas isteri pelakon Adam Shah itu mencuri gelang dan rantai emas milik ibunya sendiri. Namun, abang kan­dung Shariz pula telah dituduh sebagai dalang kes tersebut sehingga menyebabkan lelaki itu ditahan pihak berkuasa.

Dalam perkembangan lain, ibu tunggal itu mengakui lali dengan segala kritikan yang dilemparkan kepadanya terutama apabila dikaitkan sebagai perosak rumah tangga orang.

Kata Fatin Afeefa, apa jua tohmahan yang dilemparkan kepadanya akan berbalik kepada mereka semula.

“Tidak perlu penatkan diri untuk fikir pasal orang lain. Nak saman naik turun mahkamah pun perlu keluarkan wang.

“Sesetengah orang yang mahu saya saman pun tiada duit mahu membayar kepada saya. Jadi, buat bazir masa dan banyak kerja sahaja. Kalau mereka ingin berkata buruk mengenai saya, suka hati mereka,” katanya lagi.

Fatin Afeefa mengulas isu tular gold digger atau perempuan kaki kikis merujuk kepada pelakon muda, Alya Iman yang menjadi panas sejak awal minggu ini. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN