fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu berdiri dan mendiamkan diri semasa disapa oleh warga setempat. - TikTok 

Lelaki berdiri 5 jam tanpa bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Sukabumi, wilayah Jawa Barat terkejut apabila melihat seorang lelaki berdiri selama lima jam tanpa bergerak atau berbual pada waktu malam. 

Kejadian dirakam di daerah Cikole baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan lelaki terbabit berdiri tegak semasa disapa oleh orang ramai. 

Dia juga hanya mendiamkan diri ketika diajak berbual dan diberi air oleh warga setempat. 

Beberapa sumber menyatakan lelaki tersebut berdiri selama empat hingga lima jam dari waktu siang.

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.5 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Dia mungkin ada tekanan,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN