fbpx
Butphet dikejar oleh 10 askar Kemboja semasa melarikan diri di wilayah Buriram, Thailand. - MGR Online 

Lari berdesup, lelaki dikejar 10 askar semasa cari katak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki terkejut apabila terserempak dengan 10 askar Kemboja yang lengkap  bersenjata semasa keluar mencari katak berhampiran sebuah empangan di wilayah Buriram, Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Apirak Butphet, 63, dilaporkan mencari katak bersama dua rakannya sebelum mereka menyedari kehadiran tiga cahaya lampu suluh dalam kegelapan. 

Selepas Butphet mendekati individu terbabit yang disangka  penduduk kampung, dia terkejut apabila mendapati dirinya berhadapan dengan sekumpulan askar membawa pisau dan raifal. 

Dia cuba menjelaskan tujuan mereka iaitu mencari katak, namun perbezaan bahasa mencetuskan masalah komunikasi. 

Situasi bertambah cemas apabila dia dikejar oleh askar-askar tersebut. Dia terpaksa bersembunyi di semak berhampiran dan membuang hasil tangkapannya. 

Mereka dilaporkan bersembunyi selama dua jam sebelum berjaya melarikan diri.

“Lokasi pencarian katak terletak dalam wilayah Thailand, kira-kira satu hingga dua kilometer dari sempadan negara,” kata Butphet. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN