fbpx
Antara gambar yang dimuat naik di media sosial memaparkan penunggang motosikal terpaksa beratur panjang untuk memasuki parkir KLIA.

‘Kerja KLIA ke Singapura ni?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Puluhan penunggang motosikal berbaris panjang untuk memasuki kawasan tempat meletak kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pagi tadi mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi beberapa gambar dan video yang tular di Threads, kelihatan penunggang motosikal beratur di bahu jalan berhampiran bangunan terminal dipercayai kerana sistem parkir mengalami gangguan.

Beberapa pengguna mendakwa mereka terpaksa menunggu sehingga 30 minit sebelum dapat memasuki kawasan parkir tersebut.

“Nak dekat 30 minit jugaklah,” tulis seorang pengguna sambil memuat naik gambar berada di atas motosikal sambil berbaris panjang.

Seorang lagi pengguna mendakwa keadaan bertambah sesak selepas pelaksanaan sistem baharu parkir motosikal.

“Dah tukar sistem baru, makin mengarut. Dah e-mel pun tak ada respons dengan sesaknya orang dah parkir tengah laluan. Dah boleh pertimbangkan (untuk) perluaskan parkir,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna meluahkan rasa kecewa selain menyamakan situasi tersebut seperti barisan pemeriksaan imigresen di Tambak Johor.

“Dah macam beratur imigresen nak masuk Singapura,” komen seorang pengguna.

“Nak kerja KLIA ke nak kerja Singapura? Pening saya,” komen pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN