fbpx
AHMAD ZAHID mengadakan sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Badan Perhubungan UMNO Johor, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

UMNO bincang PRN Johor selepas dapat perkenan Sultan Ibrahim, TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Perbincangan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akan diadakan selepas mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi selepas selesai menghadap dan mendapat perkenan pihak istana.

“Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini tidak menyentuh langsung mengenai perkara itu (PRN Johor). Kita banyak membincangkan isu-isu nasional yang besar secara seriusnya.

“Saya ingin menyatakan bahawa ini hanya mesyuarat biasa. Saya akan berbincang dengan Menteri Besar Johor setelah (mendapat) perkenan daripada Tuanku berdua,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menghadiri sambutan ulang tahun UMNO ke-80 di Istana Besar di sini.

Ahmad Zahid menegaskan tiada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor atau PRN dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN