fbpx
Tangkap layar kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan.

[VIDEO] Dah bagi ‘double signal’ pun masih laju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular sebuah video di media sosial memaparkan kemalangan melibatkan beberapa kenderaan di sebuah lebuh raya dipercayai menghala ke Plaza Tol Duta, kira-kira pukul 10.52 malam semalam.

Menerusi video dimuat naik di Threads Hasanah, terdapat sebuah kenderaan dipercayai terbabit dalam kemalangan terlebih dahulu sehingga berada dalam keadaan melintang di lorong kanan.

Viedeo berdurasi 18 saat itu turut menunjukkan sebuah Perodua Myvi yang behenti di belakang kenderaan terbabit sambil memberikan lampu isyarat berkembar sebagai amaran kepada pengguna jalan raya lain.

Bagaimanapun, keadaan bertukar sebaliknya apabila sebuah kereta gagal mengelak lalu merempuh kenderaan yang berada di hadapan Myvi tersebut.

Insiden tersebut juga menyebabkan sebuah lagi kereta turut merempuh kenderaan sama di lorong kiri.

Rakaman tersebut yang tular di sosial media menerima pelbagai reaksi dengan rata-rata menyifatkan bahawa pemandu di lokasi tidak peka dengan situasi berkenaan.

“Dah bagi ‘double signal’ (lampu isyarat berkembar) dah, perlahan lah,” kata Younde.

“Kadang-kadang tak faham, adakah orang tak fokus. Kalau nampak isyarat daripada lampu kenderaan yang tidak bergerak, sila perlahan kenderaan,” ujar Emry.

“Semua pemandu salah, dah nampak halangan…berhenti, perlahan bukan makin laju,” kata Kinky.

Setakat ini, jumlah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan serta keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan. – KOSMO. ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN