GUA MUSANG – Tebing Sungai Nenggiri semakin hari semakin terhakis ekoran aktiviti mengepam pasir sejak Disember tahun lalu serta dikhuatiri meningkatkan risiko hakisan dan menjejaskan tanah perkuburan Islam berdekatan di Kampung Bertam Lama di sini. Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kampung Bertam Lama, Mohd. Azhri Hasan berkata, keadaan itu mengundang resah dalam kalangan penduduk kerana menyebabkan perubahan pada struktur tebing sungai. Katanya, jika tidak diambil tindakan, ia akan lebih buruk ketika musim tengkujuh. “Sekarang ini musim kemarau. Jika…














