NASI lemak sememangnya dianggap sebagai makanan nasional Malaysia sebagai cerminan kekayaan budaya dan warisan negara yang berbilang bangsa serta etnik. Namun, pendekatan diambil oleh pasangan suami isteri, Fazli Samshubaharin dan Roslina Omar yang merupakan pengasas bersama Restoran Kak Leena Kitchen di Bandar Baru, Kuala Kangsar, Perak untuk memperkenalkan menu nasi lemak udang kara, snow dan king crab sememangnya satu langkah berani. Menurut Fazli, tindakan itu diambil setelah melihat kajian pasaran dan segmen pelanggan yang meminati nasi lemak dan kepelbagaian lauk……














