fbpx
Tangkap layar video menunjukkan dua pelajar itu berada di dalam bilik bimbingan dan kaunseling. - TikTok

Pelajar kantoi ‘dating’ di sekolah, guru minta putuskan hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang guru di Indonesia menerima pujian orang ramai apabila mengarahkan  seorang pelajar lelaki dan perempuan untuk memutuskan hubungan selepas ditangkap ‘dating’ di dalam kawasan sekolah, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pasangan kekasih itu dipanggil ke bilik bimbingan dan kaunseling. 

Selain memberikan teguran, guru yang mengendalikan kes itu mengambil tindakan tegas dengan meminta mereka memutuskan hubungan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial. 

“Nak meneruskan hubungan boleh tetapi jangan ‘dating’ di dalam sekolah,” kata seorang netizen. 

“Cinta tidak direstui guru,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN