fbpx
BINTANG muda, Sara Arjun disahkan sebagai pelakon yang akan menghidupkan watak Madhubala dalam sebuah filem biopik Bollywood tidak lama lagi.

Sara Arjun jadi Madhubala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS hampir setahun teka-teki siapakah yang akan melakonkan watak bintang ikonik Bollywood Madhubala menjadi persoalan ramai, penerbit juga pengarah Sanjay Leela Bhansali akhirnya mengesahkan karakter itu bakal menjadi milik aktres muda, Sara Arjun.

Sebelum ini ada khabar angin mengatakan watak pelakon legenda Bollywood itu akan dilakonkan Kiara Advani dan Aneet Padda.

Namun, ternyata desas-desus itu tidak benar sama sekali apabila Sara yang mengisi karakter itu.

Pemilihan Sara yang mencipta populariti menerusi filem Dhurandhar itu menerima pelbagai respons daripada netizen.

Ada yang suka, tidak kurang juga sebaliknya apabila berpendapat Aneet Padda lebih mirip wajah Madhubala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN