fbpx
Tangkap layar video pengguna di Threads memaparkan sekumpulan penunggang motosikal membantu membersihkan sisa pokok tumbang di lebuh raya menghala ke Sungai Besi, petang kelmarin.

‘Berebut mereka nak kumpul pahala’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sekumpulan penunggang motosikal menjadi perhatian orang ramai apabila mereka bertindak pantas membantu membersihkan sisa pokok tumbang yang menghalang laluan di lebuh raya menghala ke Sungai Besi, petang kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.30 petang itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa.

Menerusi hantaran video yang tular di aplikasi Threads oleh pengguna @fairuzmustaffa, rakaman tersebut memaparkan puluhan penunggang motosikal yang sanggup berhenti dan turun dari kenderaan masing-masing untuk mengalihkan dahan pokok tersebut.

“Pokok besar tumbang menghala ke Sungai Besi. Ramai yang naik motor tolong ‘clearkan’ sekali,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bangga dengan sikap pemurah tenaga rakyat Malaysia yang tidak berkira dalam menghulurkan bantuan.

“Rakyat Malaysia memang terbaik untuk membantu dalam keadaan macam ini,” kata pengguna @ahmadnizaryop.

“Nampak mudah tapi ganjaran pahala untuk semua yang tolong bersihkan pokok yang tumbang. Bukan susah pun nak dapat pahala, jadinya Allah beri peluang untuk makhluknya buat pahala,” ujar pengguna @TaufikTahwan.

“Berebut-rebut mereka nak kumpul pahala. Semoga jadi asbab lancar ke syurga,” kata pula pengguna @awintahir.

Walaupun laluan hanya dilaporkan pulih sepenuhnya sekitar pukul 8.30 malam, tindakan pantas para penunggang motosikal ini berjaya mengurangkan risiko kemalangan dan membantu melancarkan semula aliran trafik bagi pengguna jalan raya yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN