fbpx
LANGKAWI terus jadi pilihan pelancong.- Gambar hiasan.

Langkawi masih relevan, jadi pilihan pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Persatuan Penggiat Industri Pelancongan Langkawi (PPIPL) menegaskan pulau peranginan ini menerima kemasukan pelancong secara konsisten.

Pengerusinya, Raseli Yahya berkata, data rasmi daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menunjukkan kenaikan sebanyak 10 peratus kemasukan pelancong pada 2025 berbanding tahun sebelumnya.

“Jumlah lebih 3.21 juta pelancong direkodkan pada tahun 2025 membuktikan Langkawi kekal relevan serta terus menjadi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa.

“PPIPL berpandangan kekuatan destinasi pelancongan tidak boleh diukur semata-mata berdasarkan jumlah pelancong yang terlalu padat sehingga menjejaskan identiti, kesejahteraan komuniti setempat dan kelestarian alam sekitar,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, pengiktirafan antarabangsa seperti pulau terbaik dunia oleh Conde Nest Traveler membuktikan Langkawi masih mampu menarik pelancong antarabangsa.

Tambahnya, PPIPL yakin kemasukan pelancong ke sini didorong oleh pelbagai inisiatif termasuklah pembangunan prasarana serta program promosi berterusan yang dilakukan Lada di dalam dan luar negara.

“Semua pihak perlu berganding bahu memastikan promosi secara kreatif diteruskan dan disokong tadbir urus yang stabil bagi memastikan Langkawi terus menjadi destinasi pelancongan pilihan, ” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN