fbpx
Gambar dimuat naik pengguna Thread Fafafafeaaaa berhubung seorang bekas kakitangan bank yang kini menjadi pemandu e-hailing.

‘Semoga murah rezeki Encik Jasni, walaupun berusia, gagah cari rezeki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang juga bekas pegawai kanan sebuah bank dipuji orang ramai apabila dia tidak ‘duduk diam’ dan tetap mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing biarpun telah bersara dalam bidang perbankan.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Jasni Anuar dikatakan pernah bekerja di beberapa bank termasuk memegang jawatan sebagai naib presiden di dalam jabatan.

Dia tular di media sosial apabila seorang pengguna Thread Fafafafeaaaa memuat naik gambar menaiki kereta lelaki itu.

Pada gambar yang dikongsikan, Jasni menampal pemakluman di dalam kenderaannya iaitu ‘ex-banker, retired now, part time Grab driver’ (bekas kakitangan bank, sekarang bersara, pemandu Grab separuh masa) selain beberapa kad bisnes sewaktu memegang jawatan di beberapa bank.

“I (saya) kan lama tak guna Grab, sebab memang ada kenderaan sendiri bergerak sana sini. Hari ni guna la Grab. Saja nak cerita, hebat pak cik driver (pemandu) ni. Siap bagitahu details (maklumat lanjut) dia. Apa I paling respect dia dah berusia masih gigih mencari rezeki.

“Semoga selalu dimurahkan rezeki dan dipelihara kesihatan dengan baik. Korang kalau dapat jangan lupa rate (nilai) lima okey. Terima kasih Encik Jasni hantar saya dengan selamat ke destinasi saya. Semoga yang baik-baik untuk encik di dunia dan akhirat,” menurut Fafafafeaaaa pada hantarannya.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang memuji kesungguhan Jasni mencari rezeki di waktu usia tua.

“Semoga murah rezeki Encik Jasni. Bagusnya, walaupun dah berusia masih gagah cari rezeki. Jenis tak senang duduk diam kat rumah ni

“Orang dah biasa cergas, macam mak ayah saya. Sehari tak buat aktiviti, badan sengal-sengal lepas tu berbelanja tak ingat dunia. Baik lah mereka ada aktiviti,” kata pengguna Thread Doniaverse.

“Orang yang terbiasa bekerja sepanjang hidup, lepas bersara pun dia nak bekerja juga. Macam mak saya,” komen Isieblla. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN