PETALING JAYA – Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi Hari Raya Aidiladha ditetapkan pada 17 Mei bersamaan 29 Zulkaedah tahun 1447 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi kenyataan memaklumkan, sebanyak 29 lokasi diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah pada petang hari tersebut.
“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Zulhijah adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu melalui radio dan televisyen,” menurut kenyataan itu hari ini. – KOSMO! ONLINE














