fbpx
Tengku Muhammad Iskandar (tengah) berkenan bergambar bersama Shafik (tiga dari kanan) dan ahli jawatankuasa kejohanan PSP26 ketika hadir pada majlis pelancaran di Resort World Awana di Genting Highlands semalam.

Siapa bayar dulu boleh sertai PSP26

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GENTING HIGHLANDS – Kejohanan Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2026 (PSP26) yang bakal bermula 27 Jun ini menerima permohonan penyertaan yang memberangsangkan apabila melebihi 152 pemain yang dihadkan oleh pihak penganjur.

Pengerusi PSP26, Datuk Seri Shafik Fauzan berkata, ia membuktikan sirkit kejohanan itu sesuatu yang berprestij walaupun ia baru masuk tahun kedua penganjurannya.

Katanya, penerimaan penyertaan akan dilakukan secara ‘first come first serve’ di mana hanya pemain yang menyempurnakan pembayaran akan dibenarkan menyertainya.

“Ia akan diadakan sebanyak empat sesi bermula di Kelab Golf Villea Rompin (27 Jun), Royal Pekan (25 Jun), Royal Pahang (29 Jun) dan pertandingan akhir di Resorts World Awana di sini pada 5 September 2026.

“Kita menetapkan yuran penyertaan sebanyak RM3,000 untuk lelaki dan RM1,500 bagi pemain wanita selain juara akan membawa pulang hadiah bernilai lebih RM15,000 berserta piala cabaran Sultan Pahang.

“Kejohanan dengan kerjasama Majlis Sukan Pahang dan Kerajaan Pahang bertujuan mencungkil bakat baharu golf di samping mempromosikan sukan pelancongan dan semangat persaudaraan dalam kalangan pemain negeri ini,” katanya.

Terdahulu, majlis pelancaran sirkit kejohanan itu disempurnakan oleh Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar di Resorts World Awana di sini.

Menurut Shafik, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah menjadi penaung kejohanan dan berkenan untuk mencemar duli berada di semua lokasi kejohanan bagi memeriahkan lagi perlawanan.

Tambahnya, kejohanan itu terbuka kepada pemain amatur dengan indeks handicap WHS yang sah selain terhad kepada 100 pemain lelaki dan 52 wanita.

“Sebelum ini kita ambil lebih 152 pemain dan kita dapati ia sukar ditamatkan pada masa yang ditetapkan. Jadi kali ini kita kurangkan jumlahnya supaya tempoh permainan lebih praktikal,” katanya.

“PSP26 bukan sekadar pertandingan, tetapi sukan berdisiplin, ketepatan, dan semangat kesukanan,” katanya.

Kejohanan ini merupakan penganjuran kali kedua selepas kejayaan pelaksanaannya pada tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN