Bagi Amin Hashim, perjalanan itu tidak sekadar escapism, tetapi satu bentuk kehidupan yang kini dikenali melalui identiti peribadinya iaitu AsanahCamper. Fenomena aktiviti luar seperti berkhemah dan car camping semakin mendapat tempat di Malaysia, khususnya selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika ramai mencari ruang untuk bernafas daripada tekanan harian, alam semula jadi menjadi destinasi pilihan, dan di sini bermulanya kisah Amin. Berasal dari Negeri Sembilan, Amin merupakan penggemar aktiviti luar, malah seorang pemancing yang cukup sinonim dengan suasana sungai dan……














