fbpx
Gambar hiasan

Lebih 600 hantaran palsu berkaitan krisis tenaga global sejak akhir Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti lebih 600 hantaran palsu berkaitan krisis tenaga global antara 29 Mac hingga hari ini.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, hantaran tersebut kebanyakannya melibatkan isu ekonomi sensitif termasuk harga bahan api, isu tol Selat Hormuz dan krisis bekalan global yang lebih meluas.

“Berdasarkan siasatan MCMC, kita tidak dapat menolak kemungkinan wujud usaha terselaras untuk menyebarkan maklumat palsu, yang dikenali sebagai Coordinated Inauthentic Behaviour (CIB).
“Ini kerana terdapat hantaran yang menggunakan grafik sama, muncul pada waktu hampir serentak dan bertujuan untuk diedarkan secara meluas,” katanya pada taklimat krisis bekalan global dan sidang akhbar pasca-Mesyuarat Kabinet, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi turut memberi amaran bahawa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu tersebut.

Katanya, sebanyak lima kes telah dibawa ke mahkamah, manakala lapan lagi dikenakan kompaun.

“Jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak RM200,000, iaitu RM25,000 bagi setiap individu,” katanya.

Tambah beliau, baki kes lain masih dalam siasatan atau telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk nasihat lanjut dan tindakan susulan oleh MCMC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN