fbpx
Pelajar berlindung di atas bumbung sekolah ketika kejadian di Rio Branco semalam. - AFP

2 maut dalam tembakan sekolah di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRASILIA – Seorang remaja menembak mati dua kakitangan dan mencederakan dua individu lain termasuk seorang budak perempuan berusia 11 tahun, dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah di Brazil semalam.

Remaja lelaki berusia 13 tahun itu ditangkap atas serangan di Institut Sao Jose, sebuah sekolah menengah di ibu kota negeri Acre,  Rio Branco.

“Suspek yang merupakan pelajar sekolah tersebut, memasuki bangunan dan melepaskan beberapa das tembakan di lorong menuju ke pejabat pengetua,” kata Leftenan Kolonel Felipe Russo dari jabatan polis tentera Acre kepada pemberita.

Dia menyerah diri kepada polis selepas serangan itu.

Bapa tiri suspek yang memiliki pistol digunakan dalam serangan itu turut ditangkap.

Tambah Russo, polis turut mengenal pasti beberapa pelajar lain yang dipercayai bekerjasama dengan penyerang itu.

Seorang penyambut tetamu di sebuah hotel bersebelahan sekolah, Eduardo Rodrigues Cavalcante menceritakan detik cemas ketika beberapa pelajar cuba melompati dinding yang memisahkan sekolah dari hotel.

“Tembok itu setinggi 6 meter, dan hanya seorang sahaja yang berjaya melompat dan berlindung di hotel ini. Orang lain terkandas di atas bumbung sekolah dan cuba melarikan diri,” katanya.

Kerajaan negeri berkata, sesi persekolahan digantung selama tiga hari di semua sekolah di negeri itu, manakala pasukan sokongan psikologi telah digerakkan untuk membantu pelajar dan guru. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN