PETALING JAYA – Seorang individu berasa gembira dan terkejut selepas tiba-tiba menemui wang kertas RM50 yang terselit di belakang telefonnya setelah sekian lama.
Menerusi satu hantaran di Threads oleh Wanrosefiqah_, dia memuat naik sekeping gambar yang memaparkan sekeping wang kertas RM50 berada di dalam sarung (casing) telefonnya ketika sedang melakukan pembentangan (presentation).
“Ya Allah rezeki…tengah presentation terdetik nak buka casing telefon, tiba tiba ada RM50.
“Allah, terima kasih tau. Lepas dah ni nak beli Maserati satu,” selorohnya.
Rata-rata pengguna turut berseloroh dan berkongsi pengalaman yang sama terjumpa wang ringgit di tempat yang tidak disangka.
Menurut Hanbojin_, dia juga mempunyai tabiat menyimpan wang kertas bernilai RM10 atau RM20 di dalam setiap jaket, baju sejuk jenis ‘hoodie’, mahupun di bahagian belakang sarung telefon bimbitnya sehingga terlupa akan keberadaan wang tersebut.
“Nanti masa terdesak hujung-hujung bulan selalunya akan ada rezeki yang tak disangka-sangka,” katanya.
“Pernah sekali terdesak sangat dan saya terpaksa guna RM5 yang dah bertahun-tahun ada kat belakang casing telefon,” ujar F4she0m pula. – KOSMO! ONLINE














