fbpx
NORAQILAH MAISARAH RAMDAN

Noraqilah sedar jurang dengan Pearly-Thinaah masih jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN beregu wanita muda negara, Noraqilah Maisarah Ramdan tidak menafikan jurang antara dirinya bersama gandingan No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah masih besar khususnya dari segi pengalaman serta ketenangan di pentas antarabangsa.

Meskipun mula mencuri tumpuan selepas aksi meyakinkan bersama gandingannya, Low Zi Yu, 16, di Piala Uber 2026 di Forum Horsens, Denmark, minggu lalu, Noraqilah memilih untuk kekal berpijak di bumi nyata tanpa terbawa-bawa dengan perbandingan.

“Kami masih jauh lagi kalau nak ikut tahap Pearly-Thinaah. Dari segi pengalaman dan corak permainan, memang mereka lebih matang. Saya dan Zi Yu baru sahaja naik, jadi bagi saya memang tak boleh nak bandingkan lagi,” katanya ketika ditemui media di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.

Menurut pemain kelahiran Melaka itu, fokus utama ketika ini bukanlah untuk mengejar status pasangan utama negara tersebut, sebaliknya memperbaiki prestasi diri secara konsisten mengikut perancangan jurulatih.

Mengakui masih belum mempunyai garis masa tertentu untuk mencapai tahap sama seperti Pearly-Thinaah, Noraqilah bagaimanapun percaya perkembangan itu boleh dicapai secara berperingkat jika terus diberi pendedahan.

“Tak tahu berapa lama, tapi kalau boleh memang nak cepatlah. Cuma kita tak boleh terlalu kejar sangat. Kita ikut saja program latihan yang jurulatih bagi. Harap boleh capai tahap itu secepat mungkin,” katanya.

Sebelum ini, gandingan Noraqilah-Zi Yu mula menjadi perhatian apabila mencipta kejutan menewaskan beregu ranking No.7 dunia dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 21-17, 12-21, 21-19 pada aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Uber.

Dalam masa sama, Noraqilah meletakkan sasaran realistik musim ini untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok 100 terbaik dunia sebagai langkah awal membina reputasi di pentas antarabangsa. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN