fbpx
Faris Johari.

Akauntan 29 tahun dilantik jadi Undang Sungei Ujong ke-11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Waris Nan Tua Klana Hulu bersama Ibu Soko-Ibu Soko Klana Hulu dan Waris-Waris Klana Hulu melantik Muhammad Faris Johari sebagai Undang Luak Sungei Ujong yang baharu.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan, pelantikan Muhammad Faris 29, yang merupakan seorang akauntan sebagai Datuk Klana Petra, Undang Luak Sungei Ujong ke-11 dibuat dalam istiadat kerapatan di Telaga Undang pada 22 April lalu.

Majlis berkenaan turut disaksikan oleh Ibu Soko Waris Negeri, Waris Negeri, Datuk Lembaga Lingkungan, Buapak Lingkungan dan pegawai kerajaan.

Pemilihan mengikut salasilah pada Fasal ke-27 Teromba dan Salasilah Negeri Sungei Ujong 1910 dan hukum adat ‘patah tumbuh’ termaktub pada Fasal 5 Undang-undang Sungei Ujong.

Berdasarkan Fasal 48 (VI) Teromba dan Salasilah Negeri Sungei Ujong 1910, pelantikan tersebut disahkan oleh Datuk Andulika Mandalika Zainol Ariffin Ibrahim Tua Lembaga Waris di-Darat yang sah dan diiktiraf kerajaan Negeri Sembilan.

Aturan adat menjadikan Datuk Klana Petra dibuat tanpa campur tangan pihak luar, selaras Fasal 14 (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN