fbpx
Mangsa dilaporkan maut dalam kejadian kemalangan di Bukit Mertajam, pagi tadi.

Pemandu maut tersepit, kereta Myvi terbabas dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dia pandu terbabit dalam kemalangan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Permatang Batu, Bukit Mertajam di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 57 tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.15 pagi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda dibantu BBP Bukit Mertajam.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang terbabas ke dalam longkang.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa adalah dengan menggunakan peralatan khas. Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pada pukul 7.24 pagi dan disahkan meninggal dunia pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya di sini, hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN