fbpx
Lokasi kejadian seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri hilang selepas terjatuh longkang di Kondominium Sri Hijau, Bandar Mahkota Cheras semalam.

Budak 9 tahun dikhuatiri lemas, SAR fokus sistem pembetungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras di Bandar Mahkota Cheras, di sini, memasuki hari kedua hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pencarian kini diperluaskan dengan tumpuan kepada sistem pembetungan bawah tanah di sekitar lokasi kejadian.

Beliau berkata, operasi yang bermula kira-kira pukul 8 pagi meliputi kawasan dalam radius lima kilometer.
Menurutnya, satu pasukan bergerak dari perangkap sampah ke arah lokasi kejadian, manakala Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menyusuri laluan pembetungan bermula dari titik mangsa dipercayai terjatuh.

“Pasukan PPDA turut memasuki terowong pembetung sejauh hampir 300 meter menuju ke Sungai Long,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikhuatiri hilang selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras semasa mengambil bola dalam kejadian di Bandar Mahkota Cheras.

Ahmad Mukhlis dilapor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 7.08 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikejarkan ke lokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN