fbpx
Allahyarham Maria Menado selamat dikebumikan kira-kira pukul 6.20 petang di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Bukit Damansara di sini hari ini.

Jenazah seniwati Maria Menado selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jenazah Allahyarham seniwati Datuk Seri Maria Menado selamat dikebumikan kira-kira pukul 6.20 petang di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Bukit Damansara di sini hari ini.

Pengebumian Allahyaham Maria, 94, berlangsung dalam suasana penuh hiba dengan kehadiran lebih 100 orang ahli keluarga dan rakan terdekat.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dikafan dan disolatkan di Masjid Umar Al-Khattab Bukit Damansara.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Datuk Seri Raja Rezza Shah Raja Aman Shah.

Terdahulu, Allahyarham Datuk Seri Maria Menado dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.25 tengah hari, di sebuah perubatan swasta di sini.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 94 tahun akibat sakit tua dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak 14 April lalu.

Allahyarham juga meninggalkan dua orang anak perempuan, tiga orang anak lelaki, 15 orang cucu 15 dan tujuh orang cicit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN