fbpx
Gambar menunjukkan pesawat milik syarikat penerbangan United Airlines. - Getty Images

Pesawat langgar dron semasa mendarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAN DIEGO, CALIFORNIA – Penumpang sebuah penerbangan komersial berdepan detik cemas apabila pesawat itu melanggar dron semasa mendarat di lapangan terbang di negeri California, lapor akhbar The Independent. 

Pesawat jenis Boeing 737 milik syarikat penerbangan United Airlines itu melanggar dron ketika berada pada ketinggian 914.4 meter di udara semalam. 

Boeing 737 tersebut membawa 48 penumpang dan enam kru dari San Francisco serta dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang San Diego. 

Dalam rakaman perbualan dengan menara kawalan trafik udara, salah seorang kru menyatakan bahawa pesawat itu melanggar peranti kecil. 

“Ia sangat kecil, saya tidak dapat memastikan. Ia berwarna merah dan berkilat,” kata kru terbabit. 

United Airlines dalam satu kenyataan berkata, pesawat berjaya mendarat dengan selamat dan penumpang diturunkan seperti biasa. 

“Pasukan penyelenggaraan tidak menemui sebarang kerosakan pada pesawat selepas melakukan pemeriksaan,” kata syarikat penerbangan itu. 

Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Chris Mullooly mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan berhubung insiden itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN