fbpx
Keratan artikel Kosmo! pada 9 April lalu.

Ibu tunggal didenda buang bayi lelaki depan rumah di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang bekas guru tadika didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuang bayi lelakinya di hadapan sebuah rumah tiga minggu lalu.

Majistret Siti Zubaidah Mahat turut memerintahkan tertuduh, Nor Ain Shafina Norazman, 30, dipenjara selama sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, ibu tiga anak itu didakwa dengan sengaja meninggalkan bayi lelaki dengan niat membuangnya di hadapan sebuah rumah di Kampung Rantau Panjang pada pukul 11 pagi, 8 April lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam rayuannya, peguam K. Nathiya berkata, anak guamnya merupakan ibu tunggal dan mempunyai tiga anak berusia tiga hingga tujuh tahun.

Katanya, tertuduh sebelum ini pernah berkhidmat sebagai guru tadika, namun diberhentikan kerana mempunyai kes jenayah.

“Dia telah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan. Malah, dia juga berhasrat untuk mendaftarkan kelahiran bayi itu di Jabatan Pendaftaran Negara sebagai ibu bayi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Salman Alfarisi Nawawi memohon hukuman berbentuk deterrent (pencegahan) sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang suri rumah terkejut apabila menemui bayi lelaki yang masih bernyawa ditinggalkan atas kerusi di hadapan rumahnya di Kampung Rantau Panjang di sini.

Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai kira-kira pukul 10.45 pagi selepas wanita berusia 35 tahun tersebut dimaklumkan oleh anak perempuannya mengenai kehadiran bayi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN