fbpx
TUNKU Mahkota Ismail

Tunku Mahkota Ismail ‘kejutkan’ sesi meja bulat MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan apabila turut serta dalam perbincangan meja bulat antara Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan wakil pasukan Liga Malaysia (Liga M), hari ini.

Berdasarkan siaran langsung yang disiarkan di Facebook MFL, Tunku Mahkota Ismail dilihat memasuki bilik perbincangan sejurus Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon mengutarakan pendapat dan cadangan.

Tunku Mahkota Ismail juga turut menyerahkan kertas kerja melibatkan cadangan yang wajar dilakukan untuk memberikan perubahan kepada bola sepak negara.

“Kita semua perlu lihat asas iaitu empat masalah utama dalam bola sepak Malaysia dahulu. Pertama kita tiada pembangunan akar umbi yang kompetitif, kedua saya pernah suarakan pada 2018 iaitu pengadil profesional. Ketiga, penaja dan akhir sekali adalah disiplin mengurus kewangan.

“Apabila ada isu kewangan, ada pihak mula buat salah satu benda tidak bertanggungjawab, salahkan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan MFL sedangkan yang mengurus kewangan adalah kelab masing-masing,” katanya.

Sebelum ini, Dr. Johan dalam laporan media tempatan mencadangkan satu sesi meja bulat dapat diadakan bagi mencari idea penyelesaian isu kewangan dan sudah pun mendapat sambutan beberapa lagi kelab.

Untuk rekod, beberapa pasukan seperti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kelantan FC dan Sri Pahang sudah pun ‘gulung tikar’ malah ketika ini, beberapa pasukan Liga Super dilaporkan sedang dihimpit masalah tunggakan gaji dan terbaharu Terengganu berkemungkinan akan menarik diri dan sertai Liga A1 Semi Pro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN