fbpx
ABU Bakar (kanan) pada sidang akhbar di Kompleks Seri Putra di Kangar, hari ini.

Sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Penggal Keempat dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun depan.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, tarikh baharu itu diputuskan selepas perbincangan bersama Speaker serta mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

“Penetapan semula tarikh tersebut dibuat bagi memastikan persiapan sidang dapat dilakukan dengan lebih rapi. Persidangan DUN Perlis Penggal Keempat akan diadakan pada 3 hingga 5 Jun depan,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Seri Putra, di sini hari ini.

Katanya, pindaan tarikh itu juga mengambil kira tempoh pentadbiran negeri yang masih baharu selain keperluan menyusun hala tuju pembangunan negeri.

Tambahnya, kerajaan negeri kini sedang merangka perancangan pembangunan Perlis maju melibatkan sektor ekonomi, pelancongan, agama dan pendidikan yang akan diumumkan pada sidang berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN