fbpx
ASLAM memohon orang ramai mendoakan dirinya dan Marissa biar apapun keputusan yang bakal diputuskan pihak mahkamah nanti. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Marissa tak nangis, Aslam mohon doa orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hampir satu jam memberi keterangan, pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam bersyukur proses perbicaraan pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan dia dan isteri, Marissa Dania Hakim hari ini berjalan dengan baik.

Menurut Aslam atau nama penuhnya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 26, dia memohon doa daripada orang ramai untuk sebarang perkara yang akan berlaku terhadap dirinya dan Marissa selepas ini.

“Alhamdulillah, untuk proses perbicaraan ini sudah selesai.

“Jadi untuk apa-apa yang berlaku selepas ini mohon doakan yang terbaik.

“Saya tak ada apa-apa nak komen, semuanya bergantung pada pihak mahkamah,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding perbicaraan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Sementara Marissa, 21, pula yang tampil memakai pelitup muka enggan memberi sebarang komen kepada pihak media berhubung prosiding hari ini.

Ditanya sama ada menangis selepas prosiding yang berlaku, Marissa menafikan perkara tersebut.

“Tidak,” jawabnya sambil menggeleng kepala.

Hari ini, mahkamah masih belum memutuskan status perkahwinan Marissa dan Ahmad Aslam meski pun perbicaraan prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk mereka sudah selesai.

Aslam atau nama sebenarnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 26, dan Marissa Dania Hakim memberi keterangan di hadapan Hakim Syarie, Nadia Khamis.

Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, keputusan bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk akan diputuskan pihak mahkamah pada prosiding seterusnya.

Terdahulu pada 30 Mac lalu, Aslam dan Marissa hadir di mahkamah bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang dibuat sebanyak dua kali iaitu pada September 2024 sebelum kembali rujuk dalam bulan sama dan sekali lagi melafazkan cerai pada April 2025 dan difahamkan rujuk sekitar Jun tahun sama.

Permohonan tersebut difailkan pada 10 Mac lalu iaitu beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.

Marissa merupakan isteri kedua Aslam selepas mereka bernikah di Thailand pada 27 Disember 2023 yang ketika itu sudah pun bergelar suami Umisya pada Julai 2020.

Pasangan itu juga pernah bercerai pada September 2023 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh idah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN