PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi mengadap tersebut berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.
“Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkara-perkara berkaitan pembangunan negeri, kesejahteraan rakyat serta isu-isu semasa,” menurut kenyataan itu hari ini. – KOSMO! ONLINE














