fbpx
Tangkap layar video dan gambar yang dimuat naik di Threads oleh Alipazyandanish_Rebirth dan Ciknurulllll_

[VIDEO] Ribut ‘microburst’ di Seremban, bumbung rumah melayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di sekitar bandar Seremban berdepan detik cemas apabila fenomena ribut ‘microburst’ berserta hujan lebat dan panahan petir melanda, petang tadi.

Menerusi hantaran di Threads oleh Alipazyandanish_Rebirth berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.48 petang tadi yang memaparkan angin bertiup kencang dan suasana bertukar ‘gelap gelita’ dengan bunyi deruan angin yang sangat kuat.

“Ribut petir kuat di Seremban pukul 3.48 petang tadi. Membawa angin ‘microburst’ kencang dan panahan petir kuat,” katanya.

Bukan itu sahaja, kesan daripada ribut luar biasa tersebut turut menyebabkan kerosakan harta benda penduduk di kawasan Taman Gadong, Seremban.

Ada juga pengguna turut memuat naik foto yang menunjukkan bumbung dan pokok di kawasan Taman Gadong habis diterbangkan angin dalam sekelip mata.

Rata-rata pengguna yang melihat perkongsian itu turut meluahkan kerisauan yang sama semasa berlakunya hujan lebat dan angin kencang petang tadi.

“Rumah saya pun sama tadi hujan lebat dan angin kuat. Tidak pernah pasu bunga terjatuh sebelum ini. Alhamdulillah saya berada di rumah. kalau tengah memandu, takutnya,” jelas Snoraconsultation.

“Aku nak tutup tingkap pun berfikir dua tiga kali sebab takut tengok petir dengan bunyi angin yang menyeramkan,” tambah Nisanasxr pula.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan berada di kawasan terbuka atau di bawah pokok sekiranya cuaca bertukar mendung dan berangin kencang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN