fbpx
Gambar Hiasan.

UMNO-BN dakwa peroleh majoriti mudah bentuk kerajaan di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN— UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan memaklumkan bahawa gabungan itu kini mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri susulan sokongan daripada lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu kenyataan hari ini, UMNO-BN mengambil maklum pendirian yang dinyatakan oleh ADUN-ADUN PN berhubung situasi semasa pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tersebut, UMNO-BN menghargai kesediaan lima ADUN PN untuk bekerjasama dalam usaha memastikan kestabilan pentadbiran negeri.

“Gabungan itu menegaskan bahawa dalam keadaan semasa, kepentingan rakyat Negeri Sembilan perlu diutamakan melebihi kepentingan politik,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut berkata, UMNO-BN menyatakan kesediaan untuk mengetepikan perbezaan ideologi demi membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan berfungsi dengan segera.

“Selain itu, gabungan berkenaan menegaskan pendekatan pragmatik dan inklusif mereka, dengan keyakinan bahawa sokongan majoriti ADUN mampu memperkukuh pentadbiran negeri serta mempertahankan adat dan kepentingan tempatan.

” Sehubungan itu, UMNO-BN menyatakan bahawa dengan sokongan lima ADUN PN tersebut, mereka kini memiliki jumlah kerusi mencukupi untuk menubuhkan kerajaan Negeri Sembilan,” ujar kenyataan itu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN