fbpx
AMINUDDIN Harun dalam sidang media di kediaman rasmi beliau di Seremban hari ini. FOTO /NUR SHARIEZA ISMAIL/KOSMO!

Aminuddin diarah teraju Negeri Sembilan seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pentadbiran kerajaan negeri akan terus berjalan seperti biasa sepertimana titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir agar beliau meneruskan tugasnya.

Perkara itu dimaklumkan selepas 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mengumumkan penarikan sokongan terhadap kerajaan negeri, sekali gus mencetuskan ketidaktentuan politik di negeri berkenaan.

Menurut Aminuddin, beliau telah menghadap dan mempersembahkan kedudukan terkini kepada Tuanku, yang kemudiannya menitahkan supaya pentadbiran negeri diteruskan sehingga terdapat kejelasan muktamad mengenai situasi tersebut.

“Selaras dengan peruntukan undang-undang tubuh kerajaan negeri, pentadbiran akan terus berfungsi seperti biasa bagi memastikan urusan kerajaan berjalan lancar dan kepentingan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam sidang media di kediaman rasmi beliau di sini,hari ini.

Dalam masa sama, beliau mengakui terkejut dengan tindakan barisan ADUN UMNO dan Barisan Nasional itu kerana sebelum ini masih terdapat perbincangan termasuk berkaitan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, permintaan penangguhan sidang DUN sebelum ini juga datang daripada pihak BN sendiri dan telah dipersetujui bersama.

Mengulas kedudukan kerajaan, Aminuddin tidak menolak kemungkinan pentadbiran diteruskan sebagai kerajaan minoriti sekiranya sokongan majoriti tidak lagi diperoleh.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN