fbpx
PETUGAS Pusat Panggilan Kecemasan Lebuh Raya (PPKL) Tabung Haji (TH) menyambut ketibaan jemaah haji Malaysia di Hentian Rehat Al-Hijrah Wadi Satrah, Tabuk, Arab Saudi.

‘Wira tidak didendang’ operasi haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

Tabuk, ARAB SAUDI – Pusat Panggilan Kecemasan Lebuh Raya (PPKL) merupakan ‘wira tidak didendang’ operasi haji yang bertungkus-lumus sepanjang hari bagi memastikan pergerakan 31,600 jemaah Malaysia ke Tanah Suci berjalan lancar.

Pengurus PPKL, Mohd. Azir Shahril Ahmad berkata, petugas PPKL Tabung Haji (TH) ditempatkan di Hentian Rehat Al-Hijrah Wadi Satrah yang terletak kira-kira lebih 200 kilometer dari Madinah dan merupakan lokasi persinggahan penting jemaah haji Malaysia dalam perjalanan ke Mekah.

Beliau berkata, mereka bukan sahaja bertanggungjawab mengurus ketibaan bas yang berhenti di lokasi itu untuk berehat dan solat selama satu jam, namun juga melihat daripada segi keselamatan jemaah sehingga perlu membuat persediaan lebih awal.

“Kami menjadi pasukan terawal digerakkan jika berlaku kecemasan dan menyelaras maklumat antara Mekah dan Madinah serta menyediakan pelaporan pergerakan bas secara berterusan.

“Malah PPKL perlu memastikan kemudahan asas seperti tandas, surau dan kawasan makan berada dalam keadaan baik, selain melaksanakan kerja penambahbaikan di lokasi.

“Secara keseluruhannya, hentian ini bukan sekadar lokasi persinggahan, sebaliknya menjadi mod penting dalam memastikan kelancaran, keselamatan dan penyelarasan perjalanan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci,” katanya ketika ditemui di Hentian Rehat Al-Hijrah Wadi Satrah di sini, baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN