SAUDARA PENGARANG, Baru-baru ini saya mendengar daripada mereka yang menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru sebuah sekolah pinggir bandar di Dengkil, Selangor. Masalah yang diutarakan masih lagi berkisar tentang kelas tidak cukup atau padat. Warga pendidik memberitahu jika sekarang masalah itu masih belum dapat diselesaikan, apatah lagi jika murid enam tahun mula masuk ke sekolah pada 2027. Kawasan sekolah terhad tetapi taman perumahan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan menyebabkan hal ini masih gagal diatasi dengan tuntas. Saban bulan atau…














