fbpx
ZII JIA menghadiahkan kemenangan buat kem negara ketika membenam England pada aksi pertama saingan Piala Thomas. - FB BAM

Piala Thomas: Zii Jia tenang ‘nikmati tekanan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia membuktikan statusnya sebagai sandaran utama negara apabila tampil tenang dalam situasi genting untuk memastikan kemenangan Malaysia dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala Thomas di Horsens, Denmark, kelmarin.

Turun sebagai pemain penentu buat kali pertama dalam kariernya di pentas berpasukan, pemain profesional itu tidak menunjukkan sebarang kegusaran, sebaliknya menjadikan tekanan sebagai cabaran yang mengujakan.

Dalam keadaan kedudukan terikat 2-2 menentang England, Zii Jia mempamerkan aksi matang untuk menewaskan pemain ranking ke-233 dunia, Nadeem Dalvi 21-13, 21-11 dalam tempoh 35 minit.

Kemenangan itu sekali gus memastikan Malaysia membuka kempen dengan langkah kanan, meskipun berdepan detik mencemaskan selepas beberapa keputusan tidak memihak kepada pasukan.

Menurut Zii Jia, pengalaman beraksi dalam perlawanan penentuan memberikan dimensi berbeza dalam kariernya, namun dia berjaya mengawal momentum dengan baik.

“Ini adalah kali pertama saya bermain dalam perlawanan penentuan. Saya sendiri ingin tahu bagaimana saya akan menyempurnakan tugas ini dan ternyata ia satu cabaran yang cukup besar,” katanya.

Pada masa sama, pemain berusia 28 tahun itu mengakui tekanan tetap dirasai, namun tidak sampai menjejaskan fokusnya di gelanggang.

“Tekanan itu memang ada, tetapi tidak terlalu membebankan. Saya lebih teruja untuk berdepan situasi tersebut dan menggalas tanggungjawab ini,” ujarnya.

Malaysia dijadualkan menentang Finland pada 27 April sebelum aksi terakhir kumpulan menentang juara 2014, Jepun pada 29 April.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN