fbpx
FITRI Haris membuat laporan polis terhadap penganjur konsert This Is UNIC yang belum melunaskan baki bayaran kepada kumpulannya, UNIC.

‘Selesaikan cepat, seminggu notis’ – UNIC tuntut bayaran konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Empat bulan menanti, penyanyi Fitri Haris membuat laporan polis terhadap penganjur konsert This Is UNIC yang belum melunaskan baki bayaran kepada kumpulannya, UNIC.

Haris atau nama sebenarnya, Mohamad Fitri Mohamad Haris, 41, berkata, pihaknya memberikan tempoh seminggu untuk melangsaikan hutang tersebut sebelum tindakan undang-undang menyusul.

“Satu laporan polis dibuat beberapa bulan lalu sebelum saya berangkat ke UK (United Kingdom) bagi tindakan selanjutnya.

“Berkenaan konsert This Is UNIC di Idea Live, urusan lain di peringkat pending LOD (surat tuntutan) dan atas budi bicara kami @unicofficials.

“Konsert dah berlalu lebih empat bulan, bayaran masih belum diselesaikan sepenuhnya, penaja selesai, duit diambil, duit tajaan, duit tiket. Selesaikan cepat, seminggu notis,” ujarnya.

Fitri berkata dia bersama anggota kumpulan UNIC memberikan sepenuh komitmen dalam merealisasikan konsert tersebut namun usaha mereka seolah-olah dipandang sepi.

Masih mempunyai sikap tolak ansur, penyanyi itu berharap hati penganjur dilembutkan Allah untuk membayar hutang yang masih tertunggak.

“Kami bekerja pagi, petang, siang dan malam menghiburkan serta berkongsi kebaikan.

“Semoga Allah buka hati penganjur yang tersebut dalam konsert @thisisunic dan saya masih ada perasaan (belas) untuk anak dan isteri kamu,” tuturnya.

Terdahulu, konsert This is UNIC diadakan bagi meraikan dua dekad penubuhan kumpulan itu yang diadakan di Idea Live Arena Damansara pada 20 Disember 2025.

Selain Fitri, persembahan mega juga merupakan konsert pertama UNIC selepas kembali bersatu turut disertai Bazli Hazwan dan Fakhrul Radhi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN