fbpx
Dua lelaki diberkas dalam Operasi Samseng Jalanan di Lekas, awal pagi tadi. Foto PDRM

Superman Lekas tak sempat ‘terbang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Dua lelaki yang melakukan aksi ‘Superman’ dengan meniarap di atas tempat duduk motosikal membawa padah apabila mereka diberkas dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuh Raya Kajang–Seremban (Lekas) hari ini.

Dalam operasi antara pukul 12.01 tengah malam hingga 4.30 pagi itu, suspek berusia 18 dan 21 tahun dikesan menunggang motosikal secara melulu dengan posisi meniarap di atas jentera, kepala rapat ke hendal dan kaki diluruskan ke belakang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan kira-kira pukul 1.25 pagi bersama motosikal Yamaha 135LC dan Yamaha Y15ZR.
“Aksi itu bukan sahaja berbahaya kepada penunggang, malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, kedua-dua suspek kini ditahan di Lokap Balai Polis Seremban 2 untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN