fbpx
Perintah reman seorang pempengaruh agama media sosial disambung lima hari lagi di Mahkamah Majistret Seremban. Foto SPRM

Reman pempengaruh agama disambung lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Mahkamah hari ini membenarkan reman ke atas seorang pempengaruh agama media sosial disambung lima hari lagi bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana badan bukan kerajaan (NGO).

Majistret Nurul Saqinah Rosli membenarkan permohonan itu ditambah sehingga 1 Mei ini ekoran tempoh reman lelaki tersebut tamat hari ini.

Difahamkan, suspek diwakili peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat dan Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Rabu lalu, media melaporkan, SPRM Negeri Sembilan telah menahan reman suspek selama lima hari kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana sebuah NGO di tempatnya bekerja berjumlah kira-kira RM12.3 juta untuk kepentingan peribadi.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, 15 saksi telah dirakam percakapan dan dijangka lebih kurang 14 ke 15 saksi lagi akan dipanggil untuk bantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN