fbpx
Sazalee (Gambar kecil). Terdapat letupan mercun yang berlaku semasa demonstrasi Himpunan Tangkap Azam Baki di Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

[VIDEO] Himpunan Tangkap Azam Baki: Polis buru individu bakar mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan bagi mengesan individu yang dipercayai mencetuskan kekecohan dengan membakar mercun ketika Himpunan Tangkap Azam Baki di ibu negara, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Menurutnya, pihak polis kini sedang giat mengenal pasti pelaku serta dalang di sebalik kejadian berkenaan.

“Setakat ini, kita tidak dapat mengesahkan sama ada insiden itu merupakan satu bentuk sabotaj atau sebaliknya, namun siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengumpul bukti,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di lokasi turut menemukan satu bungkusan mercun yang belum digunakan, dipercayai mercun digunakan bagi sambutan perayaan.

Tambahnya, polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil penganjur, individu terlibat serta saksi bebas bagi membantu siasatan.

“Setakat ini juga, tiada laporan polis diterima daripada orang awam atau peniaga berkaitan kejadian tersebut,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan perhimpunan itu dianggarkan disertai kira-kira 300 peserta yang berarak dari Sogo ke persimpangan Jalan Tun Perak berhampiran Dataran Merdeka sebelum bersurai sekitar pukul 5.30 petang.

“Seramai 200 anggota polis terlibat dalam pemantauan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman sepanjang himpunan berlangsung,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menerima sebarang pemakluman rasmi daripada penganjur berhubung penganjuran himpunan tersebut.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, perhimpunan Tangkap Azam Baki di Jalan Tuanku Abdul Rahman dicemari insiden bunyi letupan dipercayai mercun serta kekecohan kecil melibatkan beberapa individu selepas himpunan berakhir, petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN