fbpx
Dr. Muhamad Akmal berkongsi kisah silam pernah bergelar pekerja banquet selepas tamat SPM kepada kumpulan pelayan bertugas.

[VIDEO] ‘Apahal air mata akak tiba-tiba meleleh…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menghargai khidmat pelayan majlis makan malam sempena Perasmian Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, semalam mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Rata-rata mereka melahirkan rasa terharu dengan cara beliau menghargai petugas banquet tersebut.

“35 tahun dalam industri baru sekarang nampak VIP buat begini selain Sultan Brunei,” kata Muhd Safa.

“Korang jagalah YB baik-baik sebab YB jaga korang sangat baik,” kata Raff Rafidi pula.

Sebelum itu, Dr. Muhamad Akmal berkata, khidmat yang diberikan oleh petugas berkenaan yang ada terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi itu sangat dekat dengannya kerana beliau pernah bekerja sebagai pelayan banquet.

“Pertama saya nak ucap terima kasih banyak-banyak untuk semua adik-adik yang serve (melayan) hari ini. Korang memang terbaik… sebab saya nak beritahu, saya dulu lepas Sijil Pelajaran Malaysia, inilah kerja saya, jadi banquet (jamuan),” katanya.

Beliau kemudian mengagihkan sumbangan melalui QR bank sebagai tanda penghargaan kepada pelayan berkenaan.

“Apa hal air mata haqaq (kakak) ni tak henti-henti meleleh… Alhamdulillah semoga yang baik untuk YB Dr.,” komen Jueita Mariena.

Dr. Muhammad Akmal sempat menitipkan pesanan akhir kepada petugas sebelum meninggalkan ruang tersebut.

“Setinggi mana kita terbang, jangan pernah lupa asal usul kita. Anak kampung untuk orang kampung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN