KALAU tanya siapa antara pelakon baharu yang berpotensi menjadi hero pelapis, Amir Ahnaf ada dalam senarai.
Bukan itu yang Diva nak kongsi tetapi tentang pujian ramai terhadapnya susulan hantaran dalam Threads yang memaklumkan mahu kumpul banyak duit agar isteri tak perlu bekerja.
“Nak jadi kaya, jadi isteri saya tidak perlu pergi kerja,” katanya.
Pendek, ringkas dan cukup memberikan impak. Disebabkan itu, ramai netizen memuji Amir kerana memiliki pemikiran sebegitu.
Baguslah Amir kalau utamakan pasangan sebab zaman sekarang susah nak dapat suami seperti itu. Kebanyakannya pentingkan diri, tak jalankan tanggungjawab dan kaki curang. Harap apa yang Amir cakap itu akan dipegang sehingga mati ya. Jangan bila sudah kahwin, lain pula jadinya.
DIVA: Pening dengan kes Adira dan Datuk Red, siap ada yang toksik, tak hadap segala.














