fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yag dimuat naik oleh @Yussamir di laman Threads.

Hadir lewat ke program PIBG, Adam Adli mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli tampil memohon maaf secara terbuka selepas ditegur netizen berhubung kelewatannya menghadiri satu program Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah.

Teguran tersebut dibuat oleh seorang pengguna Threads, @Yussamir yang mendakwa Adam Adli tiba lewat kira-kira 40 minit ke program di Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin (Tun SAS), sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan hadirin.

Menurut pengguna itu, sebagai pemimpin, sikap disiplin serta contoh teladan perlu ditunjukkan kepada pelajar selain menghormati masa ibu bapa dan guru.

“Kesian anak-anak yang sudah lama berlatih untuk persembahan, tetapi jemputan tiba lewat. Isu datang lambat program rakyat perlu diberi perhatian,” katanya.

Hantaran tersebut kemudian tular sebelum Adam Adli tampil memohon maaf secara terbuka di ruangan komen.

Menurutnya, beliau menerima teguran tersebut dengan hati terbuka serta mengakui kelewatan itu adalah kesilapan di pihaknya.

“Saya terima teguran ini dengan hati terbuka dan rasa rendah diri. Sepatutnya saya utamakan program di Tun SAS berbanding temu janji lain sebelum itu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan telah memohon maaf dan sekali lagi menyampaikan permohonan maaf kepada seluruh warga sekolah termasuk pelajar, ibu bapa dan guru.

“Ini bukan kebiasaan buat saya dan saya mohon maaf sebesar-besarnya atas kelewatan malam tadi. Teguran ini saya ambil sebagai peringatan penting untuk terus cakna dan mengelak kesilapan serupa pada masa akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN