fbpx
OGURA dikait menyertai pasukan Yamaha musim depan selepas pasukan itu melepaskan khidmat Rins. - AFP

MotoGP: Ogura sah tinggalkan Trackhouse

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEREZ – Teka-teki mengenai masa depan Ai Ogura bersama pasukan Trackhouse akhirnya terjawab apabila bos pasukan itu, Davide Brivio mengesahkan pelumba Jepun berkenaan bakal meninggalkan pasukan pada penghujung musim 2026.

Pengesahan itu sekali gus menghangatkan lagi khabar angin mengenai perpindahan pelumba bagi saingan musim 2027 yang dijangka menyaksikan rombakan besar-besaran dalam grid MotoGP.

Brivio mendedahkan bahawa keputusan untuk tidak menyambung kontrak tersebut dibuat Ogura sendiri, sekali gus membuka satu kekosongan buat pasukan satelit Aprilia itu tahun depan.

“Ogura telah memberitahu kami bahawa beliau tidak akan meneruskan perlumbaan bersama kami tahun depan. Bukan hak saya untuk menyatakan ke mana beliau akan pergi. Jadi, kami berpotensi mempunyai satu slot kosong untuk tahun hadapan,” kata Brivio.

Mengulas mengenai kriteria pengganti Ogura, Brivio membayangkan Trackhouse kini tidak lagi berminat untuk mempertaruhkan pelumba ‘rookie’ (muda), sebaliknya mahu memburu pelumba berpengalaman yang mampu memberikan keputusan segera.

“Saya sentiasa suka bekerja dengan pelumba muda dan melihat mereka berkembang. Namun, pada tahap Trackhouse sekarang dengan jentera yang kompetitif, kami mahu menyasarkan keputusan yang baik.

“Sudah tiba masanya untuk kami mendapatkan pelumba berpengalaman yang sedia untuk memburu podium dan mungkin memenangi perlumbaan. Jentera kami mampu melakukannya dan sudah tiba masanya untuk kami menggunakan potensi tersebut sepenuhnya,” jelas Brivio.

Pengesahan perpindahan Ogura itu hadir hanya sehari selepas Alex Rins mendedahkan bahawa beliau tidak lagi mempunyai tempat dalam pasukan Monster Energy Yamaha bagi musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN