fbpx
Anthony Loke.

Konvoi ke lapangan terbang tidak bertanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan menganjurkan konvoi motosikal ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kawasan lapangan terbang merupakan lokasi strategik yang memerlukan kawalan keselamatan rapi bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang.

“Tindakan beberapa ADUN Kelantan untuk menganjurkan konvoi Mat Motor ke lapangan terbang adalah satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab.

“Kawasan lapangan terbang perlu dipelihara sepanjang masa untuk memastikan perjalanan penumpang tidak terganggu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut beliau, penganjuran konvoi tersebut boleh menyebabkan kesesakan sehingga berisiko membuatkan penumpang terlepas penerbangan.

“Sekiranya terdapat kesesakan hingga penumpang terlepas penerbangan, adakah pihak penganjur akan membayar pampasan tiket mereka?” soalnya.

Tambahnya, sebarang konvoi bermotor perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa terlebih dahulu.

“Untuk menjamin keselamatan dan kelancaran operasi, saya telah mengarahkan JPJ bekerjasama dengan polis trafik mengadakan sekatan jalan raya bagi memeriksa semua motosikal yang memasuki kawasan lapangan terbang, termasuk mana-mana YB yang terlibat,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan satu program konvoi motosikal dan sesi lepak santai bersama wakil rakyat Kelantan bakal diadakan hari ini dengan lokasi tumpuan termasuk bangunan baharu LTSIP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN