fbpx
GAMBAR seekor buaya gergasi masuk ke dalam sebuah hotel di Zimbabwe, baru-baru ini. – AGENSI

Tetamu terkejut, buaya buat apa dalam hotel mewah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARARE –  Seekor buaya Sungai Nil menyebabkan tetamu sebuah hotel mewah dekat Air Terjun Victoria berada dalam ketakutan apabila reptilia  itu memanjat kaunter bufet dalam perjalanan ke dapur, lapor saluran berita GB.

Pemangsa sepanjang 4  meter  itu  muncul dari Sungai Zambezi dan memasuki hotel  empat bintang, A’zambezi River Lodge di Zimbabwe, baru-baru ini.

Selepas gagal masuk ke dapur, tetamu  tidak diundang itu memanjat kaunter bufet.

Tetamu hotel yang terkejut  merakam video dan gambar kejadian  luar biasa itu.

Insiden itu menarik perhatian kakitangan hotel yang berusaha untuk memastikan pelancong berada pada jarak selamat.

Pelancong Britain dari Portsmouth,  John Richards berkata, buaya itu merangkak masuk ‘seolah-olah ia adalah tetamu hotel’.

Pelayan memberitahu kami buaya ini merangkak masuk seperti tetamu yang membayar dan apabila tidak mendapat meja, buaya ini a bertanya di kaunter dan mendapati tiada sesiapa di sana. Reptilia ini cuba memanjatnya untuk masuk ke dalam dapur,” kata Richards 

Buaya Nil adalah antara  pemangsa yang paling berbahaya  di Benua Afrika.

Reptilia itu boleh mencapai panjang 6 meter dan  berat sehingga satu tan. Buaya itu boleh memecut pada kelajuan menghampiri 33 kilometer sejam.

Haiwan menakutkan itu  bertanggungjawab ke atas kira-kira 1,100 kematian manusia setiap tahun di seluruh rantau Afrika. – AGENSI .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN